Jenis kertas percetakan

Kertas percetakan pilih yang mana
Pilihan Jenis kertas percetakan


Salam u'all,

Harga barang makin naik..orang berjimat pon makin naik..dalam "kejutan" memang terasa kami di sini...hmm kalau produk keperluan lain la ceritanye.
Media bagitau ekonomi stabil..ha? eko "diorang" bukan "kita". Nak kupas..peruntukkan persatuan..pembaikan binaan takde..ade pon guna tahun lepas punya..badan bantuan pinjaman pon sama & paling strict akhir2 ni..bantuan apenye kalau belakang tabir & media kan..OK stop dah jauh menonong ni hehe


Berbalik pada percetakan ade banyak jenis kertas. Jenis-jenis ni berlainan bahan dan kos. Kelainan tersebut ade fungsinya pada persekitaran yang berbeza dalam mengiklankan produk atau servis yang anda tawarkan. Selain cetak, rekaan/design memainkan peranan penting orang tertarik terhadap iklan anda. Nak mintak design? klik sini.



Jenis kertas yang sesuai penting dalam mempromosi perniagaan kerana jenis bahan akan memberikan kesan yang berbeza terhadap promosi kita. Dibawah ade panduan mengenai jenis kertas & pembungkusan untuk bahan cetakan.

1. Kertas Simili
Umumnya kertas jenis ini terdapat dalam beberapa ketebalan yang berada dipasaran, biasanya 80gsm dan 100 gsm. Kualiti kertas sama seperti kertas A4 biasa yang kita guna untuk fotostat dan cetakan dokumen pejabat dan sebagainya. Kertas ini tidak berkilat dan sesuai jika kita ingin mnggunakan cop setelah cetakan atau menulis menggunakan ballpen atau pen dakwat basah seperti borang tempahan, maklumat ahli, brosyer dengan maklumat tempahan.

2. Art Paper / Art Card
Kertas jenis ini lebih tebal sedikit daripada kertas simili, sesuai untuk kegunaan kad jemputan atau poskad. Sedikit licin dari kertas simili tetapi masih boleh menulis dengan ballpen dan cop di atasnya.

Jenis kad yang paling popular dan paling banyak digunakan untuk bahan cetak. Anda boleh lihat semua buku teks di kedai-kedai buku menggunakan Art Card sebagai kulit. Art Card mempunyai permukaan yang licin dan sangat sesuai untuk cetakan warna kerana imej yang dicetak kelihatan jelas dan terang. Art Card datang dalam beberapa jenis ketebalan, Art Card 230 (gsm), Art Card 260, Art Card 310 dan Art Card 360. Ketebalan yang standard digunakan untuk percetakan kad nama ialah 260gsm. Kertas jenis ini biasa di gunakan untuk mencetak Pamphlete, Majalah, Katalog atau Flyer.

Art Paper ialah bahan yang sama seperti Art Card tetapi lebih nipis. Ia selalu digunakan untuk mencetak risalah dan risalah. Ketebalan Art Paper seperti berikut: Art Paper 70, Art Paper 80, Art Paper 100, Art Paper 130 dan Art Paper 150. ketebalan standard ialah 80gsm dan 100gsm. Art Card / Art Paper juga datang dalam beberapa variasi:
  • Double side coated gloss Art Card / Paper
  • Single side coated gloss Art Card / Paper (sesuai untuk cetakan sebelah seperti poster dan poskad)
  • Double side coated matte Art Card / Paper

    3. Art Carton
    Kertas Jenis ini mempunyai permukaan yang sama dengan jenis kertas
    Art Paper yang membezakan hanya ketebalannya saja. Kertas jenis ini
    biasa digunakan untuk mencetak Kad Nama, Cover Buku, Brosur, Paper
    Bag, Map dan masih banyak lagi. Gramaturnya mulai dari 190gr, 210gr,
    230 gram, 260 gram, 310 gram, 350 gram dan 400 gram.

    4. Ivory
    Kertas Jenis ini sama seperti Art Carton, hanya kertas jenis ini
    cuma mempunyai satu sisi yang licin satu sisinya tanpa salutan.
    Jenis Kertas ini banyak di gunakan untuk mencetak Paper Bag, Dus -
    Dus kosmetik. Gramaturnya bermula dari 210 gram, 230 gram, 250 gram, 310gr,
    400 gr.

    5. Dupleks / Duplex
    Kertas Jenis ini hanya mempunyai satu sisi putih dan sisi lain
    berwarna abu - abu. Jenis Kertas ini sering digunakan untuk mencetak
    Packaging Ubat - Ubatan atau Makanan.
Jenis kertas yang paling mudah dikenali dan paling sering digunakan untuk kemasan makanan, seperti kotak kuih, bungkusan nasi kotak dan lain-lain. Kertas duplex terdapat dua varian, ada yang satu sisi berwarna putih dan bahagian lain berwarna abu-abu dan yang berwarna putih pada kedua sisinya. Kertas duplex juga mempunyai beberapa jenis gramasi, iaitu 230gr, 250gr, 270gr 300gr, 350gr, dan 400gr.

    6. HVS
    Jenis Kertas ini mempunyai permukaan yang kasar. Kertas jenis ini
    biasa digunakan untuk mencetak Buku atau Fotocopy. Gramaturnya mula
    daripada 60 gram, 70 gram, 80 gram, 100 gram.

    7. Samson Kraft
    Kertas jenis ini berasal dari proses kitar semula dan mempunyai warna
    coklat. Kertas jenis ini banyak digunakan untuk Paper Bag atau
    Bungkus.
Kertas ini sebenarnya adalah hasil kitar semula dan lebih sering digunakan untuk bahan paper bag atau sampul surat mel. Jenis kertas ini agak mudah ditemui kerana banyak dijual secara gulungan di kedai alat tulis dan fotokopi. Umumnya, kertas samson berwarna coklat dengan pilihan gramasi 70 gram 80 gram, 150 gram, dan 220 gram.

    8. BW, BC, Linen Jepun dan concord
    Kertas jenis ini mempunya permukaan tekstur dan jenis kertas
    mempunyai banyak warna. Kertas jenis ini banyak digunakan untuk
    mencetak Kad Nama dan Sijil. Gramaturnya yang biasa dipakai
    160 gram, 220 gram, 250 gram.
Kertas concorde boleh jadi alternatif lain. Mempunyai gramasi 160 gram, 220 gram, 220 gram, dan 250 gram. Terdapat pelbagai warna dan umumnya dijual per pack dengan isi 20 keping. Jenis Kertas ini sesuai untuk kad nama dan booklet kerana mempunyai terkstur lembut apabila dipegang.

    9. Yellow Board
    Jenis kertas ini cukup tebal, biasa digunakan untuk rangka dalam
    suatu undangan hard cover. Kertas ini tidak boleh dicetak offset,
    biasanya dilapis dengan art paper atau dupleks. Kertas ini dibezakan
    berdasarkan ketebalannya, biasanya disebut YB 30 dan YB 40.

    10. Fancy Paper
    Jenis kertas dengan pelbagai warna dan ciri-ciri. umum digunakan
    untuk membuat undangan. Ada banyak jenisnya seperti millennium,
    jasmine, java foil, Hawaii dan lain-lain. Gramaturnya juga cukup
    berbeza-beza mulai dari 80 gram, 100 gram, 220 gram, 300 gram.

    11. Corugoated
    Jenis kertas beralun untuk dos packing seperti dos indomie, dos
    computer dan lain sebagainya. Sama halnya dengan yellow board,
    Kertas ini biasanya ditampal dengan kertas lain.

12. Kertas BW / BC / Manila
Di luar art carton, kertas BW juga bahan yang lazim digunakan untuk kad nama, buku panduan atau kalendar. Kertas BW (blues white) mempunyai beberapa nama seperti kertas BC atau kertas manila. Jenis kertas ini terdapat beberapa warna dengan tekstur halus pada permukannya. Gramasi yang popular digunakan 160 gram, 220 gram, dan 250 gram.

13. Jasmine
Jenis kertas jasmine boleh menjadi pertimbangan bila anda ingin memunculkan kesan mewah bila digunakan untuk kad jemputan. Kesan mewah muncul kerana ciri-ciri kertas jasmine yang mempunyai butiran gliter di permukaannya. Selain itu, kertas jasmine juga sesuai dijadikan sampul surat untuk keperluan pejabat.

14. Kertas Linen / Buffalo
Jenis kertas bertekstur dengan pelbagai piihan warna dan cukup tebal. Kertas linen sangat mirip dengan kertas buffalo, bahkan sering dianggap jenis kertas yang sama. Gramasi yang umum dipasaran adalah 220gr dan 250gr. Kertas linen sering digunakan untuk cover agenda, notes atau buku.

15. Board Paper
Kertas tebal dan sangat kaku, umumnya terdapat warna coklat dan kuning. Board Paper sendiri termasuk kertas karton hanya saja ketebalan berbeza-beza dari ketebalan 0.4 mm hingga yang paling tebal 4.3 mm. Jenis kertas ini biasa digunakan sebagai bahan cover buku. Fungsi lain boleh digunakan untuk papan pengumuman di sekolah atau pejabat.

16. Kertas NCR
Sebahagian orang menyebut kertas ini adalah kertas karbon, justeru kertas NCR dibuat untuk menggantikan kertas karbon. Secara fungsi kertas karbon dan kertas NCR memang sama, iaitu untuk menyalin tulisan.
NCR sendiri kepanjangan dari Non Carbon Required. Sangat berguna dalam pembuatan nota, resit atau bukti transaksi lain. Tujuan utamanya untuk menyalin dokumen menjadi beberapa rangkap. Kertas NCR ada pelbagai warna, bertekstur lembut dan sangat tipis. Berikut ilustrasi cara kerja kertas NCR.

17, Kertas HVS
Kertas HVS adalah jenis kertas yang paling terkenal dan sangat sering digunakan. Berwarna putih dengan tekstur yang agak kasar sehingga sangat sesuai digunakan untuk menulis, cetakan dokumen atau buku, dan keperluan pejabat lain. Saiz kertas HVS juga berbeza-beza, didapati saiz A4 hingga A0, saiz F4, dan saiz Q4. Gramasi yang boleh didapati dipasaran adalah 70gr, 80gr, dan 100gr.

18. Kertas PVC 200gsm
Bahan tahan lasak, tidak mudah koyak dan kalis air. Amat sesuai untuk kadnama atau poster yang ditampal di luar bangunan. Oleh kerana ia kalis air, ia juga kalis dakwat basah, jadi dakwat yang paling sesuai seperti ballpen atau 'permanent maker' digunakan untuk menulis di atasnya.

19. Pembungkusan Matt & Gloss Lamination
Kad nama akan kelihatan lebih cantik dengan kemasan ini, agak kalis air kerana permukaannya agak licin tanpa kilat seperti plastik kasar, tetapi jika terendam di dalam air terlalu lama, kertas akan rosak.
Perbezaan antara gloss dan matte ialah jenis gloss memberi pembalikan cahaya yang lebih. Untuk kebanyakan kegunaan double side coated gloss Art Card / Paper biasa digunakan.

20. Kemasan Spot UV
Kemasan tambahan selepas matt lamination, kad akan kelihatan lebih menarik dengan bahagian tertentu kelihatan sedikit timbul dan berkilat kesan proses 'spot UV'

21. Kemasan Aquoes Coating
Kemasan tambahan pada kertas simili atau art paper supaya kelihatan berkilat dan licin seperti 'glossy paper'. Dengan kemasan ini kertas 'MURAH' sepert simili 80gsm akan kelihatan 'MAHAL'

Mengenali jenis kertas perkara yang perlu diutamakan. Dengan mengetahui ciri-ciri bahan tersebut, jadi pemilihan bahan akan lebih jitu dan tepat. Tapi tidak semua percetakan menggunakan penamaan jenis kertas yang sama jadi sebaiknya anda mintak sample kertas dulu agar lebih kepastian.

Cukup tak? Free je cukup la tu..hehe

Episod akan datang mengenai saiz kertas.. 
Author & Brainstorm: Awi

Comments

  1. The blog was absolutely fantastic! Great job, keep it up.
    mencetak Malaysia

    ReplyDelete
  2. Nice printing services with affordable services. I really love this company for their quality print services. Anybody wants in details jus click below
    Printing Malaysia


    ReplyDelete
  3. This blog is fantastic great job keep it up Print Malaysia

    ReplyDelete
  4. Blog ini bagus dan periksa maklumat laman web ini terlalu keren
    Percetakan Malaysia

    Blog Bagus sila letakkan blog tentang
    Cetak malaysia
    dan
    Percetakan Digital
    Digital Printing Malaysia
    dan juga syarikat percetakan dalam talian

    ReplyDelete
  5. HI nak tanya, kalau kertas macam kertas surat khabar tu apa ya namanya?

    ReplyDelete

Post a Comment

www.studioduction.com